Manusia sememangnya takkan pernah lari dari sikap pentingkan diri kan? Tapi kadang-kadang tu, cubalah hindari sikap ini demi kebaikkan kita sendiri dan juga kawan-kawan kita. Saya yang menulis ni pun kadang-kadang bersikap pentingkan diri juga tapi itu memang biasa dah kan, tiada insan didunia ni dilahirkan sempurna dan kalau dia sempurna bermaksud dia bukan manusia lah..hehehe.. Bila sikap ni mula menguasai diri kita, pada saat itu kita mula mengabaikan kawan kita demi mencapai sesuatu yang kita inginkan. Kadang-kadang kita selalu kata, awak dan saya kawan baik kan? Saya selalu bagi komen kat status awak dalam Facebook, kita selalu mengumpat bersama, ketawa bersama, berkongsi makanan yang sama dan keluar jalan-jalan sama-sama. Tapi bila soal pelajaran atau perkara lain, berapa diantara kalian kisah dan ambil peduli terhadap kebajikkan kawan baik anda tu? Adakah 100%? 60%? 30% atau tiada % langsung? Anda masih ingat lagi tak, siapa orang pertama yang anda beritahu bila anda ada masalah? Orang pertama tempat anda mengadu? Semestinya kawan anda kan? Tapi bila dia susah, pernah ka anda mengambil kisah? Bila berkaitan dengan pelajaran, siapakah dia pada anda? Bila berkaitan dengan gosip siapa dia pada anda? Begitulah sikap segelintir manusia yang ada didunia ini. Kawan yang lemah dalam pelajaran wajarkah diabaikan dan dibiarkan dia sesat begitu sahaja? Kawan yang ada masalah peribadi patut dibiarkan menghadapi masalah itu sendirian? Kawan yang sedang berada dalam kesedihan harus ditinggalkan bersendiri? Saat ini baru kita tahu mana ertinya perkataan kawan itu sebenarnya. Kata kita kan BFF.... BFF????? Mungkin BFF tu wujud dalam saat kita bergembira sahaja, saat kita bergosip.. Anda jangan lupa dalam dunia ini, tanpa kawan anda takkan kemana! Apa salahnya anda berkongsi dengan kawan ada sedikit ilmu kalau anda mahir dalam bidang tersebut atau anda lebih berpengalaman...anda takkan rugi apa-apa. Saya bukanlah nak mengungkit atau nak kata saya ni baik sangat tapi setahu saya, kalau saya tahu pasal sesuatu tu, saya akan berkongsi dengan kawan-kawan saya. Saya rasa serba salah lah bila saya tengok kawan-kawan saya ketinggalan, murung, tak ceria, tak bermaya..dan sebagainya. Kalau boleh saya nak tahu sangat apa masalah dia dan kalau saya boleh bantu, saya akan bantu. Tapi tak semua orang sama macam kita kan..tapi tak apa lah, biar suatu hari nanti saya doakan agar dia hargai erti KAWAN tu. Apa-apapun, kepada sesiapa yang baca blog saya ni, terima kasih dan rujuk balik diri kita, dan lihat kita adalah kawan yang macam mana? Setiap insan yang lahir ke dunia ni memilki pelbagai ragam dan pelbagai kebolehan serta kelemahan, jadi kepelbagaian itulah yang membuatkan kita semua ISTIMEWA!!!! Hayati lah lirik lagu ini ok..KAWAN oleh Ain AF8..
susah mok jangka sikap sebenar org . em . lumrah kehidupan .
ReplyDeleteya la rein...apa2pun kita sabar ja la..
ReplyDeleteaok, bak kata kak lehot, ko tek kacakkkkkk?? ahahaa .
ReplyDeletekelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino