Monday 30 January 2012

Alahai...

Post Selepas Cuti... 

Hari pertama kuliah selepas cuti terus aku kena soalan cepumas dari Lecturer..huhuhu.. Rasanya dah nak dekat sebulan aku dah samapi Penang ni..tapi kenapa baru tadi dia tegur hehehe...Tegur bukan apa,tegur pasal badan aku...Dia siap tanya lagi.. Assan, Do u Eat well? oMg!!! soalan...Harus la aku jawab yes la sir... Then dia Reply..why u look so skinny ? OMg!!!! Hahahhaha...Lawak pun ada...Tapi aku tak terasa ati la..then satu lagi..dia cam tak percaya yg Berat aku 43kg agaknya la? Sbb Lama dah tak timbang..hehehe... memang aku akui semua ni ada benarnya..aku pun perasan jugak la yg aku rasanya dah makin kecil dan slim hehehe... Tapi aku tak kisah...sebab aku tahu siapa diri aku..Sir pun bukan salah tanya, tapi mungkin dia Caring kan students dia..Tq sir..hehehe..Lepas ni aku ada azam baru,,..azam nak Naikkan berat badan....huhuhu..Doakan saya ok.. Tapi org macam aku ni..makan banayk mana pun...tetap juga aku maintain hehehe...

Tuesday 24 January 2012

Berwajah Baru..

Ikhlas dari hati...

Wah..petang-petang aku tak de kerja kan..so aku buka la blog aku ni.. tengok macam takde yang menarik hati..then aku edit gambar (satu hobi yg aku paling suka). Tengok gambar pun cantik juga.. (cantik pada aku la tapi tak tahu pada orang lain..). Aku tukar semua yg ada dalam blog aku.. Walaupun tak seberapa hebatnya tapi aku sangat suka dan berpuas hati sangat. Sedap mata memandang..hehe..

Sunday 22 January 2012

Indahnya FIRMAN MU Tuhan





Tuhan punya rencana yang lebih baik untuk kita semua.. Biarkan yang telah berlalu dan hargai masa itu dan belajarlah melaluinya.. Tabahkan hati dan kuatkan Iman kerna Tuhan sentiasa ada bersama kita.

Kehendak Nya adalah yang utama

Coret Kisah Hati ku.. 




Bukan niat untuk menjauhkan diri  tapi itulah hakikatnya yang perlu aku lakukan. Aku sendiri kadang-kadang terasa keliru dengan kehendak hati aku sendiri. Mungkin ini adalah petunjuk dari Tuhan yang masa untuk aku bercinta belum tiba lagi. Aku terima semua ini dengan hati yang ikhlas Tuhan kerna aku begitu pasti yang Tuhan punya rencana yang lebih baik dari semua ini. Aku besyukur kerana dapat mengenalimu. Meskipun kita tak pernah becinta namun rasa untuk ke arah itu memang ada. Dan aku doakan agar kamu bahagia selalu dan aku doakan agar kamu bisa mendapatkan yang lebih baik dan sempurna dari aku. Terima kasih atas layananmu selama ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas semua nya. Dan aku juga ingin memohon seribu kemaafan seandainya aku melukai hati mu.. 

Saturday 21 January 2012

Cuti versus Balik kampung


Walaupun cuti hanya seminggu tapi aku amat besyukur dan beterima kasih kerana dapat berehat seketika daripada menghadiri kelas.Hehehehe.. Kalau cakap pasal cuti ni, perkara yang paling aku suka adalah tidur lambat dan bangun lambat. Apatah lagi kalau cuti tu, sebulan wow...hehehe.. Apa-apapun cuti cuma seminggu je, dan kerja aku masih berlambak lagi. Aiyo.......... Pening-pening..... Tak pe, sepanjang cuti ni, cuba habiskan semuanya dan enjoy my holiday... Yeah... 


Dalam pada itu, saya juga nak ucapkan Happy Chinese New Year pada semua kaum yang menyambutnya. Pada kawan-kawan juga dan pada semua rakyat Malaysia. Aku dan kawan-kawan aku pun kena tempias juga Raya Tahun BAru ni, siap beli Limau Lagi dan letak atas meja. Katanya akan bawa TUAH amen.. Hehehe.. Tapi tak salahkan kalau kita sama-sama meraikannya. Kitakan Satu Malaysia. 


Kalau cuti semua orang pasti balik kampung dan bagi kami pelajar Borneo, Kamilah yang tinggal dan menjadi penjaga Hostel. Sedih tu, memang la sedih kan, tapi nak buat macam mana kan, Tiket Mahal sangat. Dan aku belajar sesuatu dari perkara ini, Aku menjadi semakin tabah dan kuat untuk menghadapi semua ini. Kalau rindu tu, telefon dan sms lah Keluarga dikampung. Yeah... 

Pictures : Mr.google 
Itu Saja untuk enrty kali ini.. Selamat bercuti dan jumpa lagi.. Hehehe..

Saturday 14 January 2012

Suddenly

Suddenly I miss my parents so much. 
I Miss My Mummy.. 

I miss My Apai... 
I really Miss Them.. 

Oh.. Lord, Please give me your strength to face to problem. 
That why I don't like to stay in my room because I did not speak other people. 
So.it can make me feel homesick.. 
Even though I try to entertain myself.. 
I Miss Both of them so much.. 
I Love both of U.. 
Mummy And Apai..  

Kosong!!!

Cerita HAti Ini..

HAri ini semangat nak mula buat semua kerja termasuk nak complete kan ISL, tapi baca punya baca, cari punya cari..masih juga kosong sama dengan kosong... Kepala otak aku ni dah serabut entah cam mana rupa nya!!!
Macam Ni LA Kepala AKu sekarang agaknya..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
Aku Mungkin bukan jenis orang yang boleh study waktu petang kot..aku jenis yang malam-malam.. Malam-malam aku bole jer masuk semua ... Mode tuk langsung takde.. Takkan dah tua besar cam ni nak kena marah dulu baru nak buat!! OMG!!! Ni la satu tabiat aku yang paling buruk!!!!!!!!!!!!!!! I need someone to change and guide me to be a better person... I really need u... Lord Please...

MAcam Ni LA aku malam-malam..
Bila semua orang tidur aku yang masih lagu berjaga..dan bila semua org buat kerja aku la yg tidur... Sifat aku begitulah.. Bagi kwan-kawan yg baca entry ni silalah bagi nasihat sikit kat aku k..



Tuesday 10 January 2012

SaTu Impian Bersama KIta Julangkan..

Lakaran MInda Aku...

Semenjak dua menjak ni, aku dengan kawan-kawan aku begitu rajin untuk berjogging bersama. Bukan setakat kami saje malah seluruh penduduk IPG Kampus Pulau Pinang. Wa..Hebatkan? Rasanya dah macam trends dah sekarang ni bila setiap petang pasti ada saja yang berlari di kawasan IPG. Satu tindakkan yang positif. BAgi KAwan-kawan aku mereka ni ada impian tersendiri Tau nak Jogging ni..Impian nak kurangkan berat badan.. Aku tumpang happy dengan semangat diaorg ni. Aku??? ImpIan??? Rasenya aku sekadar meneman mereka saje..aku Jogging untuk kesihatan.. Tapi yang aku peliknya.. Bila orang tengok aku jogging terus mereka akan kata macam ni.. "Assan, Awak tak payah la nak Jogging lagi..Awak dah slim sangat Dah!!" Astaga!!! Tersentap aku dengan sapaan Itu!! Rasa NAk manggakan kan saje mulut dia Tu..Heloo.. KAwan.. Suka Hati aku la, aku nak buat apa..bukan masalah kau pun...tu aku punya suka la.. Tapi aku tetap dengan prinsip aku..aku sabar dan sabar dan di sini lah aku luahkan segalanya. Aku cukup Kagum dengan kawan2 aku..semua bersemangat nak Kurangkan berat badan. All The best k.. Aku sebagai kawan kmu orang just mampu beri kata semangat je... Rasenye takde satu pun gambar yang aku ambil untuk diuploadkan Tapi takpe la..aku pinjam dari google. Hehehe..  

Semangat MAcam Ni la kawan-kawan aku.. 

Risau kan BIla berat badan cam ni..

Comel nYA..Hehehehe..




Bukan setakat nak berjogging je diaorang ni tapi juga nak berdiet!!! OMg!!! cam mane dengan aku.. Aku nak berdiet??? Takde maknanya aku berdiet tau...Hehehehe... Klo mereka berdiet untuk kuruskan badan tu takpe..tapi aku dah la slim nak berdiet pulak? Tak ke tu membawa mala petaka nama nya? Wa.. TAk sanggup aku...aku nak TAmbah berat badan.. Tu la delima yang aku sedang hadapi sekarang.. Klo aku makan sorang je..macam tak best je sebab aku dah biasa makan bersama dengan kawan-kawan aku.. Huhuhu..TAkpe..Aku ikut jer rentak mereka..Apa-apapun impian aku memang nak tambah berat badan..Wish me Luck k...

Reality Sebuah KIsah

Kisah Aku..
Berat BAdan Punya Hal...

Bila cakap pasal berat badan mesti semua orang terasa kan? Benda tu macam sensitif sangat dah sekarang. Bagi orang macam aku, lain la dan bagi orang yang berbadan besar pun lain maksud disebalik soalan tu. Kadang-kadang aku tak berapa nak faham dengan segelintir manusia yang selalu ingin untuk menjadi hakim pada oarang lain. Secara peribadi aku cukup terasa bila orang kata aku ni kurus kering!! Memang la kenyataan nya aku ni memang tak Gemuk dan badan aku besa2 saje. (PAham-paham je la). TApi kadang-kadang terasa juga la bila orang lain mentioned benda ni depan kita dan depan semua khalayak ramai. Walaupun terasa macam mana pun tetap sabar. Dari dulu sampai la sekarang badan aku tak pernah naik macam badan oarang lain. Aku makan..memang la makan tapi takde la makan macam nasi bergunung-gunung. Tu pun sekali sekala ja aku tambah...terpulang pada situasi la.Mungkin aku bukan jenis orang yang kuat makan,makan makanan yang boleh menambahkan berat badan. Entahlah dari dulu sampai la sekarang. Aku paling suka makanan ringan dari dulu sampai la sekarang! Tapi kata orang makanan ringan boleh menyebabkan kita Gemuk! Tapi tak pada aku. Huhuhuhu..Dulu masa sekolah menengah, pernah la mengadu dengan cikgu pasal masalah ni, tapi cikgu aku kate, jangan risau..mungkin metabolisma aku tinggi. Oh,ya lupa nak bagi tahu, aku ni dulu seorang atlet sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah! Hebat kan aku. Hehehe.. Mungkin sebab tu badan aku maintai jer. Walaupun sejak kebelakangan ini bermula dari tingkatan 4 sampai la sekarang aku kurang bersukan meskipun bersukan adalah salah satu kegemaran aku! Sampaikan aku rase sedih bila ada orang tanya aku depan Mak dengan Abah, Bila Kamu nak Gemuk? Aku tahu cam mana perasaan MAk dengan Abah walaupun mereka tak tunjukkan. Lebih-lebih lagi bila aku dah berada jauh di semenanjung MAlaysia ni. Bila aku balik kampung, badan aku still sama juga dari pertama kali aku sampai sini..Dah setahun setengah aku berada disini dan aku still orang yang sama dengan berat badan yang sama. Kadang-kadang aku rasa malu nak balik kampung tau sebab aku dah tak tahan dengan pertanyaan "berat badan". Berbanding dengan Abg2 aku yang berhijrah ke Semenanjung, mereka pergi dengan berat badan yang biasa kemudian balik dengan badan sasa. Aku rasa malu sangat! Sebab AKu tak sama macam mereka. Aku selalu memujuk diri dan berharap agar suatu hari nanti aku boleh tambah berat badan. TApi buat masa sekarang ni, aku betul-betul bersyukur dengan Berat badan yang aku ada dan aku pasti mesti ada orang-orang kat luar sana mengimpikan berat badan aku yang tak seberapa ini. YEah!!! Aku pasti suatu hari nnti..aku akan pasti boleh..Aku akan try seseuatu...

Monday 9 January 2012

Rambut Oh RAmbut


Story Of the day..

Kelas Kelas Kelas..

HAri ini hari kedua kuliah penuh. Satu subject yang palin aku suka tapi aku tak berapa nak suka dengan lecturer pula. Eeee Mengada-ngada aku. Hehehe..Betul la, baru masuk kelas terus aku kena tegur. Mungkin silap aku juga la tapi dah setahun setengah dah aku pakai rambut cam tu, ok je. Ermmm..berikutan itu terus aku give up nak minat subject tu sebab lecturer tu. Potong line betul..Tapi tak pe, aku akan try sehabis baik untuk menyakinkan dia bahawa orang macam aku ni boleh berjaya. Yes!!  NAk tahu cam mana rupa rambut aku tadi  sebab tu kena tegur..Hehehehe.. Kita google je.. Mesti ada punya. walAupun tak sama tapi kira ok La.ada iras2nya... 


AdaLa sikit-sikit cam ni..Hehe

Best la Rambut cam ni..suka la..

Klo dari tepi kita boleh lihat cam ni

Sama juga la

Sesuai ke nak baut cam ni? Mengada-ngada....hehe





Begitulah kisah rambut oh rambut.. Memang dari dulu lagi aku memang fobia sangat klo pasal rambut ni. Bermula dari sekolah rendah dan sampai la sekarang! Ingatkan dah habis dah isu pasal rambut ni tapi,...Makin menjadi-jadi pula. Aku dulu mana ada pernah buat rambut macam diatas tu, rambut aku dulu memang skema habis! Aku pernah kena gelak sebab fashion rambut aku.. Tu dulu, masa aku masih mentah lagi.. dan sekarang aku dah ikut trends dah..dan aku memang suka spyki punya style.Macam rambut kat atas tu. Bila dah berkesempatan ada pula halangan. Sabar ja La..Besa la KAn, kita akan bakal cikgu.. so rambut tu kena kemas..tapi aku punya kemas apa cuma agak2 tajam sikit..Kuno kot..hehehe..Tapi apa2pun terima kasih ya. Belajar dari kesilapan.. By the way..rambut aku sekarang memang macam ni..Hehehe.. 

NI la RAmbut sebenar aku..Ok Je kan?


Sunday 8 January 2012

Mengapa?

Huh... KAu datang bila kau suka lepas tu bila kau dah tak suka kau buang aku macam sampah! Ingat aku ni tak ada harga diri ka? Benda kecik pun nak diperbesarkan. KAu memang tak jujur dan sekadar mengambil kesempatan. Bila KAu suka, KAu datang.. Bila aku tak LAyan KAu Buang Aku pula.Kenapa KAu TAk pernah nak HArgai Aku tapi kAu Lebih pentingkan diri aku Saja. Inagt aku ni TAkde perasaan KA? Aku bukan tak nak cuma aku takut dan aku belum yakin sepenuhnya. Kenapa kau langsung tak paham keadaan aku. Kenapa? Kenapa? Tapi Mungkin silap aku juga kerna terlalu cerewet tapi cerewet aku untuk kebaikkan aku juga. Lagipun kau dan aku baru kenal. Sekurang-kurangnya kau bagi aku masa. BIar aku belajar dulu apa semua ini.. ni tidak kau langsung tak bagi aku peluang. Terima kasih lah Atas segalanya. 



BUat AKu menangis

Kau HAppy Lah sekarang

Air mata..sedih 

kau telah hilangkan senyuman itu

aku terpaksa Begini depan semua orang dek kerna kau


Doakan yang terbaik dan berharap agar kau masih memberi peluang kedua buat aku..Jangan biarkan aku menangis lagi. Kembalikan cahaya senyuman itu pada aku kembali... Kau BAhagia, aku pun happy..

Saturday 7 January 2012

KIsah HAti..

Aku HAppy AKu single..
Setiap manusia punya kisah hati yang tersendiri kan? Aku pun seperti insan lain punya hati dah perasaan. Kadang-kadang aku rasa taman dalam hati aku ni sunyi dan sepi. Entah lah.. Tak tahu nak kata cam mana. Rasa nak berkasih macam orang lain ada cuma takut la. Takut tak tahu pasal apa. Kadang-kadang cemburu juga bila aku tengok pasangan-pasangan sedang bahagia bercinta. Mungkin aku takut pasangan aku nanti tak dapat nak terima kelemahan yang ada pada aku. Tapi belum cuba belu tahu tau..Hehehe.. Tapi buat masa ni, biar lah taman itu aku sendiri yang jaga dan pelihara. Aku Tunggu Kalau ada insan yang lalu depan taman aku dan singgah di taman aku. Kalau tak ada juga, aku rela begini biarpun sepi. Bebas untuk lakukan apa saja dengan kudrat sendiri. Tak perlu jaga hati orang lain, maksud aku pasangan kita, tapi kena jaga hati sendiri je. Dan satu lagi, aku bebas untuk berkawan dengan sapa-sap je yang aku suka. 





Wednesday 4 January 2012

LUkisan Hati PAda HAri PErtama

HArI PErtaMA aKU BErgelar PelajaR PISMP

Selepas menamatkan foundation year selama 1 tahun setengah disini akhirnya aku dan kawan-kawan berjaya melayakkan diri ke peringat yang lebih tinggi lagi iaitu DEGREE YEAR. Walaupun masih baru lagi tapi apa yang pasti kita semua akan belajar semua benda baru. Itu yang aku suka. Hehehe. TAnpa disedari aku sekarang dah masuk 20 dah..dan aku rasa sedikit kematangan tu ada. Mungkin orang lain tak perasan pada perubahan aku, tapi apa yang pasti aku sendiri rasa yang aku dah sedikit lain dah sekarang. Mungkin dah dewasa sikit. Syukur...

KIsah Pagi Tadi.. KUnci Oh Kunci

Seperti biasa bila hari pertama semua orang bersemangat nak masuk kelas dan aku salah seorang daripadanya. Bangun awal??? Tu tak jadi masalah sebab dari malam tadi memang tak dapat nak tidur dengan lena. Nak dijadikan story, masa dah semua siap dan tiba masa nak bertolak ke dewan kuliah, tiba-tiba kunci bilik hilang!!! OMG!!!!! Dalam hati memang terbakar habis!! Dah la first day pulak tu, ada-ada je. Last-last aku manggakan pintu. Roommate aku dah jalan awal.. Memang rimas dan sasau la pagi tadi sebab cari kunci tu. Bila dah on the way Gi kelas tu, terjumpa pula kunci dalam beg!! PUaka punya kunci. HEehehehe.. Memang lawak la pagi tadi..tapi tu la kata orang belajar dari kesilapan. Lepas ni berhati-hati sikit.

Rabu sama dengan 4 January 2012

Hari ni ada taklimat tentang Course dan Peraturan IPG. Tentang course pula semestinya aku masih dalam keluar TESL dan minor aku adalah Science ... Waaaa..Science... Betul science. Tapi tak pe la. Aku boleh jer, tapi minor tu bukan untuk Sem ni but sem depan. Apa yang aku pasti memang semua subject adalah subject baru semua. All the best for that.

MeNjelang Esok

Esok pun ada taklimat lagi...esok punya cerita kita story esok k..Bye2..

Tuesday 3 January 2012

POSt PErtaMA BUlan JAnuari

HAlo BULan JAnuari merangkap 2012 then Good Bye 2011.. Hari ini aku serta kawan2 telah selamat sampai di Penang. Praise the Lord. Jujur lah sapa kata tak sedih kan..semua orang mesti sedih aku pun sama cuma aku seboleh-bolehnya sembunyikan perasaan tu dari keluarga aku , sebab aku tak nak mereka pun sedih. Tadi masa aku nak masuk balai perlepasan, aku peluk mak dengan abah aku.. terasa sendu dalam hati. Mak aku memang tak cakap apa-apa, kalau cakap mesti dia nangis, abah pun sama. tak ketinggalan aunty juga sama. SEkarang mereka dah selamat sampai di Kampung syukur..Dah telefon dah tadi, terubat juga la rindu dalam hati. Walaupun belum sampai sehari, rindu tu dah mula dah, cuma yang aku hairan, aku lansung tak macam dulu dah, maksud aku kalau aku telefon mereka, aku pasti akan nangis tapi kali ni, berbeza sekali..mungkin......... sebab usia dah meningkat kot dan satu lagi mungkin cuti ni aku banyak menghabiskan masa dengan mereka. Ya..itulah yang pasti. Aku juga merindui kawan-kawan dikampung... Masa aku nak bertolak pergi Kuching Ari tu, mereka siap nangis lagi. hhuhuh..Tapi aku tabah je..HEhehe..walaupun.. Memang bak kata kata orang, waktu yang berjalan memang tidak terasa. Sebulan di kampung memang tak cukup rasa cam dua tiga minggu je. Tapi bersyukur lah sebab diberi cuti sebulan. Well, Banyak yang aku pelajari masa cuti ni.. Sebab aku tahu, masa yang berlalu takkan kembali..Aku hargai setiap apa yang telah berlaku. oK, azam tahun baru macam mane? Azam tu dah ada cuma tak berkesempatan nak Tulis lagi..hehehe.. apa2pun memang mengharapkan sesuatu perubahan untuk tahun ni..perubahan yang lebih ke arah kebaikkan. Amen. Happy new year pada semua.. FRom me.. Gabriel Assan Saney