Friday 30 March 2012

Terkunci DIsebalik Pagar..

Kali ini KIte try nak berpantun ok.. 

Tajuk : Terkunci Disebalik Pagar 

Atas padang ada belalang 
Dalam bilik ada kuali kemek 
Kami berempat buat perbincangan 
Tempat terhad di Blok Akademik. 

Hati gembira tidak terasa 
Masa berlalu begitu sahaja 
Tanpa peduli tanpa mengira 
Hal luar diabaikan sahaja 

 Sampai jam 7 Petang 
Hari terpikir ingin pulang 
Lantas belari bagai nak beperang 
Tengok-tengok block dah takde orang 

 Hati takut hati kecewa 
Melutut kami semua mencari ilham 
Banyak firasat banyak rasa 
Takut malam semakin kelam 

Telefon kawan telefon teman 
Mujur kawan ada yang sanggup meneman 
Telefon Pak Guard lalu ia datang 
Hati kami semua pun senang 

Inilah dia kenangan kita semua 
Jadi memori bila kita dah tak bersama 
Apa yang terjadi mendewasakan kita 
Lantas bersyukur pada Dia di atas sana 

Simple jer... Takde Idea.. Bawah ni Picture dia hehee.. Sempatkan 

Hehehe... Thank pada yang ambil gambar ni.. 

Yang Hilang telah Dikembalikan

Melodi kisah hati aku tak tentu arah... Semua jadi tunggang-langgang.. Melodi yang merdu tiba-tiba betukar sumbang. Alunan melodi itu betukar seketika dan kecacatan dalam melodi itu telah memberi peluang kepada aku untuk belajar sesuatu yang baru dan sekaligus telah menyedarkan aku dari dibuai mimpi lena disiang hari. Bila aku imbas kembali, ternyata aku telah jauh terleka lantas lalai dan hanyut dibawa arus kehidupan seharian ku. Lantas kecerian aku telah hilang dan kemuraman segera datang bertandang meskipun tanpa diundang. Begitulah kisahnya... DUa hari yang lalu aku telah ditimpa satu masalah yang telah mengajar aku erti bersyukur dan erti menghargai. Ingin dikongsikan cerita, aku telah kehilangan Broadband aku. Broadband hilang pun nak kecoh? apa lah... Yup..memang nak kecoh... Kerna bagi aku, broadband tersebut adalah part of me. Dia banyak berjasa pada aku...meskipun kadang-kadang aku terleka dan tidak menghargai kehadiran dia.. Mungkin masa dia hilang haritu, dia merajuk dengan aku, dan dia cakap dengan Tuhan yang aku tak pernah nak ambik kisah about dia. Lantas dia hilang... ceritanya begini... 

Malam 28.03.2012

Aku dengan geng2 (effa, rein and Ipah) buat video untuk Child Profile di kafe IPG. Hampir setiap malam kami berempat antara insan yang selalu jadi orang terakhir kuar dari Kafe tersebut. Dek kerna selalu kena halau baru nak balik, telah terjadi satu peristiwa. Sebenarnya malam tu, aku takde pakai broadband sangat, just kejap je then my friend Alifah pinjam sampai la kami semua nak balik. Waktu kami kemas barang tu, memang semua laju-laju sebab takut pintu terkunci dan aku dan sikap nervous aku telah membuatkan aku lupa pasal Broadband aku. Sebelum tu, aku memang ada pegang broadband tu, lepas alifah kasi balik, aku tutup penutup dia dan lepas tu aku terus lupa dan sampailah sampai diasrama aku tercari-cari mana perginya broadband aku. Aku cari punya cari tetap tak jumpa, then aku call la diaorg kot2 ada tersimpan ke,..terbawa ke..tapi jawapan yang mengecewakan dari mereka. Aku tahu, Alifah mesti serba salah malam tu, sebab dia yang pakai hehehe... Tapi takpe Alifah jangan risau..Bukan sAlah awak..salah saya.. Malam tu juga aku terus jadi bad Mood sampaikan slide untuk Philosophy aku takde baca lansung walaupun next day tu aku perlu present. Aku masuk tidur awal dalam keadaan yang bad mood. Pelbagai perasaan yang datang malam tu, yang paling penting, aku rasa nak bunuh diri jer.. betul..aku pun tak pernah rasa seperti itu sebelum ni. Ternyata broadband aku sangat berharga pada aku. Aku menangis bila aku teringatkan broadband yang hilang tu, tak tahu kenapa aku sangat kisah akan dia. Ini mungkin kerana aku beli broadband tu dengan duit aku sendiri dan segalanya memang sendiri. Bayar bil bulanan pun sendiri tanpa bergantung harap dengan parents aku. Mungkin itu sebabnya aku sedih sangat kot.. Malam tu, aku tertidur dalam kesedihan. 

29.03.2012 

Pagitu, aku masih terasa dengan kesan insident tersebut dan seboleh-bolehnya aku menceriakan diri. Aku taknak orang tahu aku sedih sebab biasanya akulah yang paling kecoh.. Jadi untuk mengelakkan orang lain perasan dengan perubahan aku, aku sepanjang hari jadi fake.. senyum yang terukir ternyata paslu. Dalam hati aku masih menahan kesedihan. Ternyata aku masih tak mampu untuk menyembunyikan kesedihan itu. Mood diam tiba-tiba jadi dan menjadi.. Aku takut klo tindakkan aku membuatkan orang lain tersinggung.. Aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Sepanjang hari aku asyik memikirkan broadband yang hilang tu. Sampai takde mood nak belajar. Makan pun aku tidak... memang hilang selera. Habis kelas, aku dan geng2 buat video dan sedaya upaya cuba menyipakannya. Ketika menyiapkan video tu, dalam kelas aku asyik cakap pasal broadband jer..sampai aku sendiri pun jadi muak kerna asyik memikirkannya. Aku takut juga la klo geng2 aku muak dengan aku..hehehe... Asyik benda yang same je.. memang sukar untuk aku menerima kenyataan itu... Dan petang tu juga aku dang geng2 terkunci di BLock Akedemik. Buat video sampai pukul 7 kot klo tak silap... Memang kami la yang paling manang... hehehe... Nasib baiklah ada kawan yang sanggup membantu ketika dalam kesusahan..Thank to Brian , Donna, Nadia, dan semua lah yang terlibat termasuk Pak Guard jugak.. Petang tu juga plan nak padamkan bb to tapi Tuhan kate jangan. Biarkan dulu. Tapi takdelah Tuhan cakap terus dengan aku, Dia cakap melalui someone. Dan aku teringat yang malam khamis kami ada Cf. Before aku buat keputusan nak pergi Cf, aku dah janji dgn BRian nak g Tesco dan ajak Justine sekali, dan tiba-tiba tukar plan. Then Justine pun pergi tesco sorang2. Aku takut jugak la klo Justine terasa ati dengan aku..tapi aku tak salahkan dia klo dia nak Kecik ati sebab memang salah aku pun.. JUstine, aku minta maaf k... Then aku terus g Cf... Ternyata kehadiran aku d CF memang kehendak TUhan. Ceramah yang disampaikan memang berkaitan dengan apa yang aku alami. DIa kata ASK and You will get it. Aku pray pada TUhan agar sesiapa yang terambil or terjumpa bb aku tu, pulangkan balik pada aku..macam mustahil je..tapi dalam Tuhan takde yang MUstahil. Amen... Malam tu, aku just berserah jer pada Tuhan dan aku cakap dengan Tuhan, Tuhan klo ini adalah kehendak Kamu, aku terima tapi berilah aku broadband yang baru aku kate. Tuhan just senyum je dengan aku.. Hehehe.. 
Malam tu, aku langsung takde pikir pasal BB pun... Aku buat cam biasa je.. Tuhan kate, Takpe, just relax.. 

Pagi 30.03.2012

Hari ini kami takde kuliah just kena antar reflection and cd je.. Aku bangun awal jugak la...Sbb nak bagi reflection aku kat  Justine.. Then lepas tu aku tidur balik dan sekali lagi aku janji dengan brian untuk ke Tesco bagi menguruskan hal BB aku tu.... Janji pkul 12..then saku terbabas tdur sampai 12.30...hehehe..  Tak lama lepas tu, BRian ketuk pintu, aku dalam speruh sedar buka la pintu.. Mulanya malas nak buka.. Brian kate dia ada Hadiah Istimewa untuk aku... hehehe... Aku ingat dia main2 tapi bila aku buka pintu... terus dia kata NAH... Broandband kau...wa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AKu rasa macam dalam mimpi sebab bb tu kembali lagi pada aku... Memang aku rasa aku lah yang paling happy tadi...hehehehe... Terima kAsih TUhan.. aku tak henti mengucapkan Syukur... Ternyata Tuhan dengar doa aku dan Tuhan kate lain kali jaga baik-baik. Ok.. Saya janji... Brian kate, Pak Cik kat Kafe tu yang jumpa.. nasib baik dia still cam BRian.. sebab aku pagi semalam ada g Kafe dan tanya dia klo dia ada jumpa. Dia kate takde,,,terus aku putus harapan.. tapi ternyata Tuhan masih beri peluang pada aku..dan Tuhan sangat baik dan akan baik setiap masa dan ketika. Thank u Jesus.. 

Begitulah Lagu aku dua tiga hari yang lalu... Hehehe.. Ternyata aku telah banyak belajar dari masalah ini. Tuhan sekali lagi Terima Kasih... Thank juga pada semua yang bagi kata semangat.. Hehehe... Pada yang terbaca entry ni terima kasih... Jumpa Lagi...

Friday 23 March 2012

Setelah Sekian Lama

Shalom semua... Salam sayang salam rindu... Sekian lama kisah saya tidak diperdendangkan. Agaknya ada tak orang rindu mahu mendengar dendangan kisah hati saya? Sememangnya sekarang ni sangat sibuk dan sibuk. Sekarang pun baru balik dari menyertai Kem BIG (BINA INSAN GURU) di Pulau Pangkor, Perak. Sememangnya ia merupakan satu kenangan dan pengalaman yang amat bermakna buat kami semua. Banyak yang saya belajar semasa menyertai BIG ini. Tapi dua minggu sebelum tu, saya balik kampung, Sarawak kerana ada PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dan satu minggu lagi adalah cuti. PBS merupakan satu pengalaman yang paling best kerana saya jadi cikgu selama seminggu di sekolah lama saya. Sekian dulu untuk malam ini ya.. Jumpa lagi. 

P/S sekarang saya tengah demam dengan lagu Terukir Di Bintang By YUna... Best sangat... <3