Thursday, 20 October 2011

Bila kita diperlukan sekadar untuk mencukupi...

Ermmm.....Kadang-kadang aku tak faham lah dengan sikap segelintir orang. Kata kita kawan..kita susah sama-sama, kita senang sama-sama, tapi mulut memang senang nak katakan tapi dalam hati adakah sama macam apa yang kita katakan? Tadi aku betul-betul tersinggung lah dengan sikap segelintir insan yang tak dapat nak terima orang lain..orang yang ada kelemahan..orang yang tak pandai...orang yang tak bijak macam sesetengah insan tu..  Kenapa perlu ada sikap pentingkan diri sendiri? Kenapa nak jadi nya terbaik sorang-sorang ja? Kenapa saat kawan korang hilang, kawan korang sesat, kawan korang kecewa, kawan korang lemah, kawan korang takut, kawan korang perlukan teman..korang tak ada bersama dia? Kenapa? Kenapa? Manusia depan orang lain memang baik dan sebaliknya mungkin lain dan sangat lain? Kenapa korang perlu sisihkan orang lain yang lemah untuk mencapai sesuatu dan tidak lansung kau berpaling pada kawan korang yang perlukan korang saat itu? Salahkah kalau korang berkongsi dan membantu yang lemah? Ada bayaran kah? Korang rugi ka nanti? Kenapa saat senang dan bergembira korang dapat juga cari dia..bila korang perlukan bantuan, orang yang korang sisihkan itu lah orang pertama yang korang cari! Aku bukan apalah, cuma nak luahkan perasan aku...Aku tahulah aku ni orang yang tak pintar macam sesetangah orang tu, tapi sekurang-kurangnya, korang ingat aku ni kawan korang.. Kawan..ermm..kawan...kawan untuk masa senang ja kan? Kawan untuk korang ketawa..kawan untuk korang bersuka...kawan untuk korang bergantung hidup..tapi bila saat kau perlu bekerja dengan aku, kau tinggalkan aku, kau sisihkan aku..kau biarkan aku hanyut sorang-sorang..kau pergi cari kawan yang pandai yang membolehkan korang dapat pujian..dapat markah yang tinggi...Tapi tak apa lah..suatu hari nanti kau pasti tahu siapa aku dan siapa korang..dan saat tu baru kau mula sedar yang aku pernah wujud bersama korang. Korang jangan lupa, korang takkan sentiasa hidup bersama dalam dunia ni. Kalau korang tinggalkan aku, aku tak takut, sebab aku ada Tuhan iaitu kawan yang tak pernah meninggalkan aku, walau Dia tahu aku insan yang macam mana, yang punya kekurangan, yang lemah,...Dia tetap akan berjalan bersama aku.. Dan aku tahu, Tuhan, memberi aku keistimewaan yang tak ada pada orang lain.

3 comments:

  1. sikap org kita susah nak jangka . em, ku pun bukanlah pandey glak, ku lemah, byk gik benda yg aku perlu blaja, jom blaja sama2 . terutamany LD , ES & SS, haishhhhh~ LDV pun, pokokny, semua la . =(

    ReplyDelete
  2. Aku dah perasan ngan benda tok sebenarnya. Aku tauk tek. N mungkin aku tauk sapa yg ko maksudkan. Tapi aku nang setuju ngan pendapat kau. Kdg2 kawan tok ada bila diorang susah, n bila dah senang mulalah lupa. bukan nak mengungkit, cuma kadang2 rasa tersinggung, kita pun ada perasaan kan. <3

    ReplyDelete
  3. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete