Masalah yang saya kenal pasti adalah pelajar di kelas
saya sangat “hyper active” dan bertanya
begitu banyak soalan. Saya merasakan mereka sangat manja dan “attention
seekers”. Kadang-kadang saya merasakan sedikit kurang sabar dengan tindakan
mereka tetapi saya menasihati diri saya dengan mengatakan mereka adalah
budak-budak dan ini adalah lumrah sebagai seorang guru. Saya bukan tidak suka
mereka aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya tetapi saya takut
dan risau guru-guru lain akan memikirkan saya tidak berupaya dalam mengawal
kesejahteraan kelas. Dalam proses mengawal kesejahteraan kelas, saya berjaya
mengawal mereka kerana saya telah melaksanakan dan mengeluarkan Peraturan-Peraturan
di Kelas Saya. Mereka masih mematuhi dan mengigati semua peraturan tersebut.
Para pelajar begitu suka bercakap dengan satu sama lain terutamanya ketiga
proses membentuk kumpulan. Saya sedaya upaya untuk tidak meninggikan suara pada
mereka, tetapi terkadang saya hilang kawalan dan bertindak demikian. Selesai
proses pengajaran dan pembelajaran, saya mula menyedari bahawa tindakan saya
tadi adalah tidak wajar. Pekara ini membuatkan saya terfikir sejenak, adakah
rancangan pengajaran saya tidak menarik dan bosan? Saya sedaya upaya menjadikan
pengajaran saya menarik dan lain daripada guru-guru biasa dan saya ingin
memastikan pelajar saya merasakan mereka istimewa dan diterima ketika berada di
dalam kelas saya.
No comments:
Post a Comment