Thursday, 20 October 2011

Bila kita diperlukan sekadar untuk mencukupi...

Ermmm.....Kadang-kadang aku tak faham lah dengan sikap segelintir orang. Kata kita kawan..kita susah sama-sama, kita senang sama-sama, tapi mulut memang senang nak katakan tapi dalam hati adakah sama macam apa yang kita katakan? Tadi aku betul-betul tersinggung lah dengan sikap segelintir insan yang tak dapat nak terima orang lain..orang yang ada kelemahan..orang yang tak pandai...orang yang tak bijak macam sesetengah insan tu..  Kenapa perlu ada sikap pentingkan diri sendiri? Kenapa nak jadi nya terbaik sorang-sorang ja? Kenapa saat kawan korang hilang, kawan korang sesat, kawan korang kecewa, kawan korang lemah, kawan korang takut, kawan korang perlukan teman..korang tak ada bersama dia? Kenapa? Kenapa? Manusia depan orang lain memang baik dan sebaliknya mungkin lain dan sangat lain? Kenapa korang perlu sisihkan orang lain yang lemah untuk mencapai sesuatu dan tidak lansung kau berpaling pada kawan korang yang perlukan korang saat itu? Salahkah kalau korang berkongsi dan membantu yang lemah? Ada bayaran kah? Korang rugi ka nanti? Kenapa saat senang dan bergembira korang dapat juga cari dia..bila korang perlukan bantuan, orang yang korang sisihkan itu lah orang pertama yang korang cari! Aku bukan apalah, cuma nak luahkan perasan aku...Aku tahulah aku ni orang yang tak pintar macam sesetangah orang tu, tapi sekurang-kurangnya, korang ingat aku ni kawan korang.. Kawan..ermm..kawan...kawan untuk masa senang ja kan? Kawan untuk korang ketawa..kawan untuk korang bersuka...kawan untuk korang bergantung hidup..tapi bila saat kau perlu bekerja dengan aku, kau tinggalkan aku, kau sisihkan aku..kau biarkan aku hanyut sorang-sorang..kau pergi cari kawan yang pandai yang membolehkan korang dapat pujian..dapat markah yang tinggi...Tapi tak apa lah..suatu hari nanti kau pasti tahu siapa aku dan siapa korang..dan saat tu baru kau mula sedar yang aku pernah wujud bersama korang. Korang jangan lupa, korang takkan sentiasa hidup bersama dalam dunia ni. Kalau korang tinggalkan aku, aku tak takut, sebab aku ada Tuhan iaitu kawan yang tak pernah meninggalkan aku, walau Dia tahu aku insan yang macam mana, yang punya kekurangan, yang lemah,...Dia tetap akan berjalan bersama aku.. Dan aku tahu, Tuhan, memberi aku keistimewaan yang tak ada pada orang lain.

Wednesday, 19 October 2011

Hujan...Hujan..Hujan..HUjan...

Musim hujan kot kat Penang! Errmm...apa saya nak tulis owh..sebelum ni selalu saje kate nak update blog tapi tak berkesempatan.Apa-apapun malam ni berkesempatan juga walaupun sibuk kemas bilik.Almaklum lah esokkan hari terbuka. Lepas hari hari terbuka ni, cuti deepavali seminggu dan sepatutnya ada study week tapi untuk kami orang memang tak ada dan turun kelas macam biasa! Tapi okay juga sebab kalau duduk kat bilik nanti pun mesti tak study punya., tahu-tahu je la maksud dia "TIDUR"...Hehehe..normalkan..Jadi pengajaran yang kita dapat dari perkara ini adalah jangan terus memikirkan yang negatif tapi fikir dari pelbagai aspek dulu. Dalam diam tak diam, pejam celik pejam celik..rupa-rupanya dah dekat 4 bulan dah berada kat sini dan tak lama lagi nak balik kampung..YEAH!!!!!! Balik kampung memang perkara yang semua orang tunggu. Tapi balik kali ni tak berapa nak excited sangatlah sebab ada final exam sebelum balik tuk..EXAM satu lagi perkara yang memeningkan kepala..HISH>>HISH>> bilalah nak free ni kan? Apa-apapun peringatn kepada diri sendiri tu, jangan lupa jaga kesihatan dan buat persipan untuk exam ok..Wish me myself GOOD LUCK!!! GB... SAtu lagi hal yang begitu menjadi-jadi dalam diri saya tika ini adalah demam lagu Bubble POp...by HYUNA..memang gila sangat dengan lagu tu sekarang..hehehe..apa2pun...cukuplah...<3<3

Sunday, 16 October 2011

TuhaN haNYA paDA mU KU BEserah..KAu LAh Sumber kuaT kU..

Saturday, 15 October 2011

Tak Tahu MANA satu..

Sekarang ni tak tahu nak buat apa dah...Assignment pun dah habis..then buat persiapan untuk exam..i mean FINAL EXAM..oMG!!!! Takut lah...KAlau dulu stress dengan assignment..tapi sekarang stress dengan lecturer...OMG!!!! Mungkin aku sekarng ni patut kurangkan Facebooking then study and lepak kat LIbrary bersam-sama kawn kan..then ptg2 pulak main basketball dan kurangkan tidur ptg...kalau aku tak paksa diri..takde org nak paksa aku....dah la aku ni bukan nya bagus sgt!! ermmm..mungkin aku perlukan seseorang untuk membakar semangat aku balik..aku rasa aku dah jauh hanyut dah,,,,,aku nak kembali ke pelabuhan itu.... aku tak nak terus hanyut dan lepas dipukul ombak....Nak kembali tu bukan mudah sebab aku dah jauh dah... Tapi aku pasti sebesar mana pun lautan itu, aku pasti temui seseorang yang tak pernah tinggalkan aku.... Dia adalah Tuhan...

Monday, 19 September 2011

My luck Number 54

Salam semua, pada 18 sept 2011, Ahad ia itu, semalam, saya dan kawan-kawan telah bertugas sempena THE STAR WALK di PENANG TIMES SQUARE. PAgi tu terpaksa bangun awal..tak pernah bangun awal cam tu before ni. Tapi hati happy.hehehe..sebenarnya, kami ditugaskan untuk membantu menjayakan program tersebut, jadi ini memang sesuai sangat lah, sebab banyak pengalaman baru yang kami semua dapat, selain dapat berinteraksi dengan orang luar. Kerja saya senang je, just kira-kira nombor ja. Satu je yang buat aku tertekan tu, pasal nombor, dah lah aku ni memang lemah pasal nombor ni, terpaksa juga kira nombor, rasa nak muntah tengok nombor...hahaha..tapi apa-apapun it was very nice experience lah.. thank pada lecture yang sudi mengajak kami sertai job ni. Apa yang lebih mengembirakan selain dapat T-shirt free bukan satu tapi dua..heheehee..so. dapat la jadi kenangan dan apa yang lebih mengembirakan ialah dapat kipas angin!!!! hehehe..macam tak percaya je, dapat benda tu. kawan-kawan yang lain juga dapat hadiah macam radio, hamper dan sebagainya. Memang jadi history la semalam tu, tak pernah seumur hidup..hehehe...apa-apapun Thank to God sebab bagi rezeki. Syukur sangat-sangat. Hope that next event we all can join it again. God Bless... 

Saturday, 17 September 2011

Minggu Demi Minggu

Wah!!! dah tak terasa dah waktu...Rupa-rupanya dah 13 minggu dah berada dalam sem 3..Apa yang menakutkan aku utk sem ni, adalah Final EXAM!!!!!! OMG!!!!! Takut la.! Sekarang ni pun dah makin sibuk dengan pelbagai aktiviti.,assignment, dan segalanya...Tak cukup dengan itu,masalah pun nak tumpng kaki sekali.. aku apa lagi makin tension la...Dahla bila ada waktu lapang, aku tak tahu nak buat apa, walaupun kerja banyak.. bila lapang je, aku tidur, tak pun layan movie, tak kurang jalan2 gak...tapi sekarang ni dah kurang sikit dah jalan-jalan tu, aku pun tak tahu kenapa, tapi syukur la.. Hope kekal la sampai habis sem,,and focus jer utk study dan exam..yeah!!! Makin tak sabar nak balik ni, tiket pun dah beli.. tak sabar nak jumpa mak ngan ayah!! MIss them so much!!! Harap balik nnti balik bawa berita gembira untuk mereka berdua. Semoga usaha selama ini tak sia-sia la.. Kejayaan ni bukan untuk saya sahaja tapi untuk semua orang yang saya sayang, untuk mak ngan ayah, abang2, guru2, dan kawan2.. So, mula dari sekarang tinggalkan semua sifat malas tu k! Ingat tujuan utama kamu sampai sini dulu..remember that!! Anang sampai nuan nesal au. God Bless...amen. 

Saturday, 10 September 2011

Hantu Bonceng...Best..

Semalam keluar dengan kawan-kawan tengok wayang cerita Hantu Bonceng.. Sebenarnya cerita ni dah lama dah keluar kat pawagam tapi baru semalam berpeluang dapat tengok. Cerita ni memang best la. Lawak suspen pun ada. Rasa tak puas dan nak tengok lagi cerita ni. hehehe.. Suka la tengok lakonan Jue Aziz..
comel diaorg dua ni..sweet 

waaaaaaaaaaa......!!!!!!!!!

mat rempit sejati dengan hantu ...hehehe

pandai dia berlakon..

bomoh yang comel..hahaha

ala...sweet nya..

suara Jue Aziz pun best gak...hehehe..apa-apapun cerita ni memang best! Rasanya orang-orang yang tengah bercinta tu patut tengok..hehehe...