Tajuk : Terkunci Disebalik Pagar
Atas padang ada belalang
Dalam bilik ada kuali kemek
Kami berempat buat perbincangan
Tempat terhad di Blok Akademik.
Hati gembira tidak terasa
Masa berlalu begitu sahaja
Tanpa peduli tanpa mengira
Hal luar diabaikan sahaja
Sampai jam 7 Petang
Hari terpikir ingin pulang
Lantas belari bagai nak beperang
Tengok-tengok block dah takde orang
Hati takut hati kecewa
Melutut kami semua mencari ilham
Banyak firasat banyak rasa
Takut malam semakin kelam
Telefon kawan telefon teman
Mujur kawan ada yang sanggup meneman
Telefon Pak Guard lalu ia datang
Hati kami semua pun senang
Inilah dia kenangan kita semua
Jadi memori bila kita dah tak bersama
Apa yang terjadi mendewasakan kita
Lantas bersyukur pada Dia di atas sana
Simple jer... Takde Idea.. Bawah ni Picture dia hehee.. Sempatkan
Hehehe... Thank pada yang ambil gambar ni.. |
No comments:
Post a Comment