Wednesday 1 February 2012

Hakisan Yang Membawa Luka

Kisah Hati..

Realitinya dalam persahabatan ni, kita kadang-kadang akan rasa diri kita tak dihargai. Apabila perkara itu berlaku terhadap kita memang sakit dan susah nak terima. Tapi itulah realiti yang harus kita terima. Aku memang jenis orang yang suka sangat menjaga tepi kain orang lain dan aku rasa itu memang dah sifat aku dan itu membuatkan aku peduli dan kisah pasal kawan-kawan aku serta orang sekeliling. Tapi bagi sesetengah orang mungkin sifat aku ini tidak baik dan buruk..Tapi aku tak kiasah sebab itulah diri aku. Bukan itu sahaja, bagi yang dah lama kenal aku, memang aku jenis orang suka cakap lepas! Itu memang sifat aku dan sebagai kawan kamu mungkin patut terimanya. Bebalik dengan kisah sahabat tadi, aku ni memang jenis seseorang yang cemburu dan kalau boleh aku nka tahu pasal kawan aku 24/7..itupun kalau boleh. Sebab bagi aku, selagi aku berjauhan dengan ibubapa aku, kawan-kawanlah ibubapa aku dan mereka tempat aku mengadu dan segalanya. Tapi aku memang kuat cemburu dan sensitif sangat kalau pasal hati ni. Biasalahkan, takkan ada sapa didunia ini ingin diduakan dan aku akui memang aku jenis yang nak menang dalam setiap apa yang aku lakukan.  Sejak dua menjak ni, hati aku sedikit terganggu dan kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan aku. Minta maaf ya , aku tak mentionkan sapa-sapa disini. Dan aku postkan entry ni bukan nak gaduh ka apa ka..cuma meluahkan apa yang ada dalam hati aku. Kalau ada masalah tu, cuba la cerita dengan kawan-kawan dan aku paling tak suka kawan-kawan yang perahsia dan tak mahu berkongsi dengan aku sebab aku rasa diri aku ni bodoh sangat ke? Sampai dengan aku pun nak berahsia? Kata kawan.. dan cam ni kau layan aku? Apa kau perlu takut nak kongsikan dengan kawan-kawan? Tapi aku nak kata aku tak kisah, tapi aku kisah juga sebab rasa tanggungjawab tu ada untuk membantu kawan-kawan. Tapi aku tak tahulah dengan kamu semua? Ada ka perasaan macam aku? Manusia ni bijak sebab mereka dikurniakan akal.. Bila didepan kita lain dan bila dibelakang kita pula lain. Ok fine.. Lepas ni aku akan berdiam dan ikut je rentak melodi kau. Nak aku mulakan perang dingin ka? Aku tak kisah... Aku bukan kawan yang jenis nak beseronok sahaja tapi aku jenis kawan yang suka membantu dan membuatkan kawan-kawan saya yang lain tersenyum indah. Itulah aku dan begitulah aku. 

No comments:

Post a Comment