Wednesday, 22 February 2012

Irama Dan Melodi Kehidupan

Fake VS Realiti 

Manusia masa kini semuanya FAKE! Termasuk aku sekali. ALa, Standard la tu kan, mana mungkin ada manusia yang berani tunjukkan diri mereka yg sebenar kan? Aku pun sama tapi kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah manusia yang tak pandai nak terima gurauan orang lain. SIkit-sikit nak marah dan pantang diejek! Peliknya ko ni. Setahu aku, ko takde la serius 24/7 kan? Muka ketat tu la ko..hehehe.. Wa, jahat nya aku mengumpat orang ni tapi itulah satu dari hal yang terburuk pasal aku. Aku jenis yang out spoken dan itulah diri aku, aku dah try sebaik-baiknya untuk menghapuskan tabiat ni tapi still juga sama dan bila orang yang out spoken cam aku ni jadi pendiam, mula la orang akan tanya "Engkau ni apa hal diam jer? Ada masalah ka?" Tu la yang sering aku dengar dan aku akan jawab "aku ok". Kalau selalu, aku akan jadi pendiam dan senyum pun tak boleh klo aku terasa hati sangat dengan orang lain... Ala standard la tu kan. Tapi bila aku fikir-fikirkan diam tu satu tindakkan yang baik dan boleh mengelakkan daripada Sengketa. Kadang-kadang aku pun tak sedar yang apa yang aku katakan itu akan buat orang lain terasa walaupun aku tulis status dalam Facebook pun ada juga orang lain yang terasa. Aku tak pernah pointkan pada siapa-siapa status aku. Kalau aku boleh terima cara orang lain bergurau kenapa orang lain tak boleh terima cara aku! Kenapa!!!!!!!!! Tapi aku akan tetap jadi aku dan mereka tetap akan jadi mereka. 


Sikap MAnusia dan Realiti 

Setiap dari kita pasti dapat rasakan ada orang lain yang kurang senang dengan kehadiran kita kan? Saya pasti dan yakin semua orang pernah lalui semua ini. Begitulah situasi yang sedang aku alami saat ni. Kemana saja aku pergi pasti aku dapat rasakan bagaimana reaksi orang lain terhadap aku. Dan aku juga begitu, Dan itulah KARMA yang perlu kita hadapi. Bukan semua orang kita boleh kawan dan tak semua orang suka kita dan begitu juga kita. Sifat aku yang sebenar bukanlah baik sangat macam malaikat tapi aku akan sebaik-baik yang boleh dengan orang yang telah berbuat baik dengan aku  kerna aku hormati Diaorang. Tapi kadang-kadang, bila aku baik dengan orang lain, dan tindak balas orang tersebut bertentang dengan apa yang aku ingin, terus aku rasa kecewa dan menyesal kerna baik dengan dia. Tapi, aku akan fikir positif dan pelahan-pelahan aku belajar untuk menerima sifat orang itu. Seperti yang aku katakan tadi, manusia takde yang sempurna. 


Harapan dan kesedaran.. 

Aku tak kisah sebenarnya bila ada orang tak suka aku (jawapan yang betul-betul FAKE). Ya ka tak kisah? Sekiranya aku tahu dengan mata kepala dan telinga aku sendiri akau dapat tahu ada orang lain tak suka aku, aku mulai jadi kisah dan fikirkan kenapa? Apa masalah aku dengan dia? Apa masalah dia dengan aku? Sekiranya aku tak tahu menahu ada orang tak suka aku...Aku memanglah abaikan. Semua orang pun begitu. APa-apapun aku tabah dan berani kerana aku punya TUHAN yang selalu ada bersama aku. Meski beribu atau berjuta pun orang lain tak menyukai aku dan memandang rendah terhadap aku, namun TUHAN tetap bersama aku dan memandang INDAH aku DIMATANYA. AMEN.. 

1 comment:

  1. Kan. aku setuju, lag bagus kalau kita tak tahu yg ada org tak suka kita drpada kita tahu. Hmmm

    ReplyDelete