Wednesday, 11 April 2012

Thank You Lord..

Gambaq yang aku ambik tadi petang kat Trinity Church 


Betapa besar nya kuasa Mu Tuhan. 
Hari ini Tuhan dah tunjukkan yang Tuhan adalah Tuhan atas segalanya. Hari ini berlaku gegaran kesan Gempa Bumi di Acheh, Indonesia. Kami kat Pulau Pinang pun terkena juga kesan dia. Actually aku tak tahu lansung pun pasal benda ni sebab masa kejadian tu aku dok tengah tidoq. Sebab letih sangatkan, baru balik dari church  kebetulan hari ini takde kelas cuti umum. Masa dok tidoq tu, aku terima panggilan dari Justine dia tanya aku kat mane? Aku kat bilik la..tengah tidoq..Then dia kate ada rase gegaran Ke? Aku kate takde la.. DIa actually kan QueenBay mall.. Aku dok tiduq mati tu la aku tak tahu menahu tu hehehe...Then, lepas tu aku dok tak ambik kisah pasal benda tu, siap aku pergi jogging lagi petang tadi..Klo betul la sesuatu terjadi tadi .... Tak tahu nak tulis apa..  Hehehe.. Aku tak buka facebook lagi...then aku memang tak tahu apa yang actuallynya berlaku..then Miss B call aku la.. DIa kate kau dah ready ke? dah Kemas brg? Hehehehe.. AKu jadi blur? then Aku g la bilik Brian, tanya pasai apa Miss B dok tanya aku lagu tu? Then baru aku tahu yg org sednag kecoh pasal amaran tsunami yg dikeluarkan oleh Jabatan kaji cuaca Malaysia..huhuhuhu... Syukur, ternyata kawan-kawan aku sangat prihatin pada aku. Bukan nak megah diri lah tapi seriously, aku memang takde rasa takut? Sebab apa? Sebab aku teringatkan satu kisah dalam Bible Matthew 8:23-27 dimana Tuhan Yesus dan Pengikut2nya telah dilanda ombak ketika mereka berada ditengah lautan luas. Pada ketika itu, Yesus sedang tidur di bahagian belakang kapal dan semua murid2nya ketakutan dan memanggil nama Nya untuk meminta pertolong. Mereka amat takut dan Tuhan bangun lantas Tuhan Yesus berkata kepada mereka "Be still". dan dengan sekelip mata ombak terus reda dan laut tidak begelora. Then Yesus bercakap dengan murid2nya "Why were you so afraid? Don't you have faith in me" Itulah yang telah menjadi pegangan aku hari ini dan selamanya. Aku pasti Tuhan yang memberi aku ayat tersebut kerna dia tahu aku tak tahu kerna aku ada iman. Iman yang aku miliki membuat aku percaya terus yakin dengan Tuhan tanpa sebarang ketakutan. AKu called juga pada parents aku kat Sarawak then depa pula yang jadi risau.. Aku kasian dengan mak.. klo bole aku memang tak mau called depa tapi aku kena jugak.. Aku tak mau depa susah ati .. Mak aku tu memang aku dah tahu dah perangai dia cam mana, Aku tak mau depa susah ati.. KLo bole biaq la depa tak tahu tapi sebagai anak tu dah jadi tanggungjawab aku untuk habaq kat depa pasai apa yg terjadi kat sini. Praise the Lord sangat2 semuanya ok dan amaran tu dah ditarik balik.. Malam ni dah bole tidoq lena sikit.. Fail SBE pun dah siap tunggu nak antaq then esok kuliah pun lambat dan just ada satu jer... Ptg ada latihan Rumah Sukan.. Malam Ada CF.. Then Fail ISL utk child development tak buat lagi... Huhuhu... Tak sabaq tunggu jumaat... Yeah!!! Saya Tak takut sebab Saya TAhu Tuhan Ada.. Tq Lord. 

DAri internet.. 

Saturday, 7 April 2012

Shopping Sakan.. Kelas Ko JAh!!!

Well...Well..
Semalam Kite Shopping ke Popular di KOMTAR. BIasalah kan ada baucer buku rm200. KAu ada? Mesti lah ada..hehehe.. Before masuk tu nervous juga la sbb first time beli barang pakai baucer kan... hehehe.. Memang best la klo hari-hari pkai baucer ni..mana tak nya..ambik je ape yg ko suka dan ko tak payah nak bayar,..best kan..hehehe.. Walaupun aku ni boros dengan duit, tapi bila dah ada baucer aku jadi budak baik pulak.. PAndai nak berjimat cermat..hehehe.. Apa2pun tHank u very Much la pada Kerajaan Malaysia kerna telah memberi kami baucer ni. Syukur sangat2. Aku rasa aku beli benda yang berfaedah semalam. Aku takde bazir-bazir ok.. Actually aku punya amount semalam Terlebih 85 sen jer.. Hehehe.. Masa dalam Popular tu memang tak tahu nak pilih apa.. Semua aku nak ambik..cewah.... Kelas gitu.. Hehehe.. Bawah ni kita sertakan buku yang kita beli semalam. Bukan nak menunjuk2 k.. sekadar ingin berkongsi.. Sekian..

Gedik nya ko ni!!!! Anak sapa Ni?? hehhee.. Me with Baucer 

Sempat nak ambik gambar dalam Popular...Berat ni tau..lengguh tangan bawa jalan2 dlm  Popular 

Bukan untuk Lunch tapi utk dinner _nasi goreng nanas.. Tawar.. Menyesal aku pesan!  

Inilah dia.. antara-antara yang aku beli semalam.. 

Novel ni dah lama dah aku cari.. akhirnya aku jumpa dan aku beli..

Tak salah klo aku baca buku ni kan? Macam best so aku ambik..

Yang ni dari dulu lagi aku memang suka..dah ada baucer aku kebas..

Mungkin berguna untuk Future.. Aku suka gambar dia.. 

Ni aku ambik sebab aku takut bila dah jadi cikgu nanti takde  cerita nak diceritakan dengan murid2.. 
So, apa pendapat u all... Aku dah beli dah dan aku bangga serta bersyukur sangat2. Segala yang aku impikan telah jadi kenyataan. Praise The Lord.. Happy Easter Day...

Friday, 30 March 2012

Terkunci DIsebalik Pagar..

Kali ini KIte try nak berpantun ok.. 

Tajuk : Terkunci Disebalik Pagar 

Atas padang ada belalang 
Dalam bilik ada kuali kemek 
Kami berempat buat perbincangan 
Tempat terhad di Blok Akademik. 

Hati gembira tidak terasa 
Masa berlalu begitu sahaja 
Tanpa peduli tanpa mengira 
Hal luar diabaikan sahaja 

 Sampai jam 7 Petang 
Hari terpikir ingin pulang 
Lantas belari bagai nak beperang 
Tengok-tengok block dah takde orang 

 Hati takut hati kecewa 
Melutut kami semua mencari ilham 
Banyak firasat banyak rasa 
Takut malam semakin kelam 

Telefon kawan telefon teman 
Mujur kawan ada yang sanggup meneman 
Telefon Pak Guard lalu ia datang 
Hati kami semua pun senang 

Inilah dia kenangan kita semua 
Jadi memori bila kita dah tak bersama 
Apa yang terjadi mendewasakan kita 
Lantas bersyukur pada Dia di atas sana 

Simple jer... Takde Idea.. Bawah ni Picture dia hehee.. Sempatkan 

Hehehe... Thank pada yang ambil gambar ni.. 

Yang Hilang telah Dikembalikan

Melodi kisah hati aku tak tentu arah... Semua jadi tunggang-langgang.. Melodi yang merdu tiba-tiba betukar sumbang. Alunan melodi itu betukar seketika dan kecacatan dalam melodi itu telah memberi peluang kepada aku untuk belajar sesuatu yang baru dan sekaligus telah menyedarkan aku dari dibuai mimpi lena disiang hari. Bila aku imbas kembali, ternyata aku telah jauh terleka lantas lalai dan hanyut dibawa arus kehidupan seharian ku. Lantas kecerian aku telah hilang dan kemuraman segera datang bertandang meskipun tanpa diundang. Begitulah kisahnya... DUa hari yang lalu aku telah ditimpa satu masalah yang telah mengajar aku erti bersyukur dan erti menghargai. Ingin dikongsikan cerita, aku telah kehilangan Broadband aku. Broadband hilang pun nak kecoh? apa lah... Yup..memang nak kecoh... Kerna bagi aku, broadband tersebut adalah part of me. Dia banyak berjasa pada aku...meskipun kadang-kadang aku terleka dan tidak menghargai kehadiran dia.. Mungkin masa dia hilang haritu, dia merajuk dengan aku, dan dia cakap dengan Tuhan yang aku tak pernah nak ambik kisah about dia. Lantas dia hilang... ceritanya begini... 

Malam 28.03.2012

Aku dengan geng2 (effa, rein and Ipah) buat video untuk Child Profile di kafe IPG. Hampir setiap malam kami berempat antara insan yang selalu jadi orang terakhir kuar dari Kafe tersebut. Dek kerna selalu kena halau baru nak balik, telah terjadi satu peristiwa. Sebenarnya malam tu, aku takde pakai broadband sangat, just kejap je then my friend Alifah pinjam sampai la kami semua nak balik. Waktu kami kemas barang tu, memang semua laju-laju sebab takut pintu terkunci dan aku dan sikap nervous aku telah membuatkan aku lupa pasal Broadband aku. Sebelum tu, aku memang ada pegang broadband tu, lepas alifah kasi balik, aku tutup penutup dia dan lepas tu aku terus lupa dan sampailah sampai diasrama aku tercari-cari mana perginya broadband aku. Aku cari punya cari tetap tak jumpa, then aku call la diaorg kot2 ada tersimpan ke,..terbawa ke..tapi jawapan yang mengecewakan dari mereka. Aku tahu, Alifah mesti serba salah malam tu, sebab dia yang pakai hehehe... Tapi takpe Alifah jangan risau..Bukan sAlah awak..salah saya.. Malam tu juga aku terus jadi bad Mood sampaikan slide untuk Philosophy aku takde baca lansung walaupun next day tu aku perlu present. Aku masuk tidur awal dalam keadaan yang bad mood. Pelbagai perasaan yang datang malam tu, yang paling penting, aku rasa nak bunuh diri jer.. betul..aku pun tak pernah rasa seperti itu sebelum ni. Ternyata broadband aku sangat berharga pada aku. Aku menangis bila aku teringatkan broadband yang hilang tu, tak tahu kenapa aku sangat kisah akan dia. Ini mungkin kerana aku beli broadband tu dengan duit aku sendiri dan segalanya memang sendiri. Bayar bil bulanan pun sendiri tanpa bergantung harap dengan parents aku. Mungkin itu sebabnya aku sedih sangat kot.. Malam tu, aku tertidur dalam kesedihan. 

29.03.2012 

Pagitu, aku masih terasa dengan kesan insident tersebut dan seboleh-bolehnya aku menceriakan diri. Aku taknak orang tahu aku sedih sebab biasanya akulah yang paling kecoh.. Jadi untuk mengelakkan orang lain perasan dengan perubahan aku, aku sepanjang hari jadi fake.. senyum yang terukir ternyata paslu. Dalam hati aku masih menahan kesedihan. Ternyata aku masih tak mampu untuk menyembunyikan kesedihan itu. Mood diam tiba-tiba jadi dan menjadi.. Aku takut klo tindakkan aku membuatkan orang lain tersinggung.. Aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Sepanjang hari aku asyik memikirkan broadband yang hilang tu. Sampai takde mood nak belajar. Makan pun aku tidak... memang hilang selera. Habis kelas, aku dan geng2 buat video dan sedaya upaya cuba menyipakannya. Ketika menyiapkan video tu, dalam kelas aku asyik cakap pasal broadband jer..sampai aku sendiri pun jadi muak kerna asyik memikirkannya. Aku takut juga la klo geng2 aku muak dengan aku..hehehe... Asyik benda yang same je.. memang sukar untuk aku menerima kenyataan itu... Dan petang tu juga aku dang geng2 terkunci di BLock Akedemik. Buat video sampai pukul 7 kot klo tak silap... Memang kami la yang paling manang... hehehe... Nasib baiklah ada kawan yang sanggup membantu ketika dalam kesusahan..Thank to Brian , Donna, Nadia, dan semua lah yang terlibat termasuk Pak Guard jugak.. Petang tu juga plan nak padamkan bb to tapi Tuhan kate jangan. Biarkan dulu. Tapi takdelah Tuhan cakap terus dengan aku, Dia cakap melalui someone. Dan aku teringat yang malam khamis kami ada Cf. Before aku buat keputusan nak pergi Cf, aku dah janji dgn BRian nak g Tesco dan ajak Justine sekali, dan tiba-tiba tukar plan. Then Justine pun pergi tesco sorang2. Aku takut jugak la klo Justine terasa ati dengan aku..tapi aku tak salahkan dia klo dia nak Kecik ati sebab memang salah aku pun.. JUstine, aku minta maaf k... Then aku terus g Cf... Ternyata kehadiran aku d CF memang kehendak TUhan. Ceramah yang disampaikan memang berkaitan dengan apa yang aku alami. DIa kata ASK and You will get it. Aku pray pada TUhan agar sesiapa yang terambil or terjumpa bb aku tu, pulangkan balik pada aku..macam mustahil je..tapi dalam Tuhan takde yang MUstahil. Amen... Malam tu, aku just berserah jer pada Tuhan dan aku cakap dengan Tuhan, Tuhan klo ini adalah kehendak Kamu, aku terima tapi berilah aku broadband yang baru aku kate. Tuhan just senyum je dengan aku.. Hehehe.. 
Malam tu, aku langsung takde pikir pasal BB pun... Aku buat cam biasa je.. Tuhan kate, Takpe, just relax.. 

Pagi 30.03.2012

Hari ini kami takde kuliah just kena antar reflection and cd je.. Aku bangun awal jugak la...Sbb nak bagi reflection aku kat  Justine.. Then lepas tu aku tidur balik dan sekali lagi aku janji dengan brian untuk ke Tesco bagi menguruskan hal BB aku tu.... Janji pkul 12..then saku terbabas tdur sampai 12.30...hehehe..  Tak lama lepas tu, BRian ketuk pintu, aku dalam speruh sedar buka la pintu.. Mulanya malas nak buka.. Brian kate dia ada Hadiah Istimewa untuk aku... hehehe... Aku ingat dia main2 tapi bila aku buka pintu... terus dia kata NAH... Broandband kau...wa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AKu rasa macam dalam mimpi sebab bb tu kembali lagi pada aku... Memang aku rasa aku lah yang paling happy tadi...hehehehe... Terima kAsih TUhan.. aku tak henti mengucapkan Syukur... Ternyata Tuhan dengar doa aku dan Tuhan kate lain kali jaga baik-baik. Ok.. Saya janji... Brian kate, Pak Cik kat Kafe tu yang jumpa.. nasib baik dia still cam BRian.. sebab aku pagi semalam ada g Kafe dan tanya dia klo dia ada jumpa. Dia kate takde,,,terus aku putus harapan.. tapi ternyata Tuhan masih beri peluang pada aku..dan Tuhan sangat baik dan akan baik setiap masa dan ketika. Thank u Jesus.. 

Begitulah Lagu aku dua tiga hari yang lalu... Hehehe.. Ternyata aku telah banyak belajar dari masalah ini. Tuhan sekali lagi Terima Kasih... Thank juga pada semua yang bagi kata semangat.. Hehehe... Pada yang terbaca entry ni terima kasih... Jumpa Lagi...

Friday, 23 March 2012

Setelah Sekian Lama

Shalom semua... Salam sayang salam rindu... Sekian lama kisah saya tidak diperdendangkan. Agaknya ada tak orang rindu mahu mendengar dendangan kisah hati saya? Sememangnya sekarang ni sangat sibuk dan sibuk. Sekarang pun baru balik dari menyertai Kem BIG (BINA INSAN GURU) di Pulau Pangkor, Perak. Sememangnya ia merupakan satu kenangan dan pengalaman yang amat bermakna buat kami semua. Banyak yang saya belajar semasa menyertai BIG ini. Tapi dua minggu sebelum tu, saya balik kampung, Sarawak kerana ada PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dan satu minggu lagi adalah cuti. PBS merupakan satu pengalaman yang paling best kerana saya jadi cikgu selama seminggu di sekolah lama saya. Sekian dulu untuk malam ini ya.. Jumpa lagi. 

P/S sekarang saya tengah demam dengan lagu Terukir Di Bintang By YUna... Best sangat... <3 

Wednesday, 22 February 2012

Irama Dan Melodi Kehidupan

Fake VS Realiti 

Manusia masa kini semuanya FAKE! Termasuk aku sekali. ALa, Standard la tu kan, mana mungkin ada manusia yang berani tunjukkan diri mereka yg sebenar kan? Aku pun sama tapi kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah manusia yang tak pandai nak terima gurauan orang lain. SIkit-sikit nak marah dan pantang diejek! Peliknya ko ni. Setahu aku, ko takde la serius 24/7 kan? Muka ketat tu la ko..hehehe.. Wa, jahat nya aku mengumpat orang ni tapi itulah satu dari hal yang terburuk pasal aku. Aku jenis yang out spoken dan itulah diri aku, aku dah try sebaik-baiknya untuk menghapuskan tabiat ni tapi still juga sama dan bila orang yang out spoken cam aku ni jadi pendiam, mula la orang akan tanya "Engkau ni apa hal diam jer? Ada masalah ka?" Tu la yang sering aku dengar dan aku akan jawab "aku ok". Kalau selalu, aku akan jadi pendiam dan senyum pun tak boleh klo aku terasa hati sangat dengan orang lain... Ala standard la tu kan. Tapi bila aku fikir-fikirkan diam tu satu tindakkan yang baik dan boleh mengelakkan daripada Sengketa. Kadang-kadang aku pun tak sedar yang apa yang aku katakan itu akan buat orang lain terasa walaupun aku tulis status dalam Facebook pun ada juga orang lain yang terasa. Aku tak pernah pointkan pada siapa-siapa status aku. Kalau aku boleh terima cara orang lain bergurau kenapa orang lain tak boleh terima cara aku! Kenapa!!!!!!!!! Tapi aku akan tetap jadi aku dan mereka tetap akan jadi mereka. 


Sikap MAnusia dan Realiti 

Setiap dari kita pasti dapat rasakan ada orang lain yang kurang senang dengan kehadiran kita kan? Saya pasti dan yakin semua orang pernah lalui semua ini. Begitulah situasi yang sedang aku alami saat ni. Kemana saja aku pergi pasti aku dapat rasakan bagaimana reaksi orang lain terhadap aku. Dan aku juga begitu, Dan itulah KARMA yang perlu kita hadapi. Bukan semua orang kita boleh kawan dan tak semua orang suka kita dan begitu juga kita. Sifat aku yang sebenar bukanlah baik sangat macam malaikat tapi aku akan sebaik-baik yang boleh dengan orang yang telah berbuat baik dengan aku  kerna aku hormati Diaorang. Tapi kadang-kadang, bila aku baik dengan orang lain, dan tindak balas orang tersebut bertentang dengan apa yang aku ingin, terus aku rasa kecewa dan menyesal kerna baik dengan dia. Tapi, aku akan fikir positif dan pelahan-pelahan aku belajar untuk menerima sifat orang itu. Seperti yang aku katakan tadi, manusia takde yang sempurna. 


Harapan dan kesedaran.. 

Aku tak kisah sebenarnya bila ada orang tak suka aku (jawapan yang betul-betul FAKE). Ya ka tak kisah? Sekiranya aku tahu dengan mata kepala dan telinga aku sendiri akau dapat tahu ada orang lain tak suka aku, aku mulai jadi kisah dan fikirkan kenapa? Apa masalah aku dengan dia? Apa masalah dia dengan aku? Sekiranya aku tak tahu menahu ada orang tak suka aku...Aku memanglah abaikan. Semua orang pun begitu. APa-apapun aku tabah dan berani kerana aku punya TUHAN yang selalu ada bersama aku. Meski beribu atau berjuta pun orang lain tak menyukai aku dan memandang rendah terhadap aku, namun TUHAN tetap bersama aku dan memandang INDAH aku DIMATANYA. AMEN.. 

Saturday, 4 February 2012

My best Friend

Kisah Sahabat dan Sahabat..

Ni pulak story dan picture tentang Kawan-kawan Lelaki.. kan dah pose pasal kawan perempuan... Kawan aku tak banyak..just dua je yg plaing rapat dengan aku dan yg perempuan lebih banyak.hehehe..  

JUstine and Me.. 
 Ni Justine dia dah jadi cam abg aku dah..hehehe dia pun tua setahun dari sya hehehe.. Dia banyak tolong saya..dan dialah kawan saya. Kemana pergi pasti ada jer bersama.  Seronok la kawan dengan dia. Yang penting Kaki Poret hehehehe..Minat kami pun sama iaitu Muzik..Dunia Hiburan.. So memang sekepala la..hehehe.. 
Brian and Me.. 
Ni kawan aku yang paling aku sayang dan hormat sangat2.. Aku dengan dia memang sekepala.. Idea memang gempak-gempak.. Actually, Dia tua empat hati dari aku..dan esok adalah Birthday Dia... Hehehe.. Tapi aku selalu kata dia ni adik aku hehehe... aku terharu sangat dengan dia sebab dia sentiasa bantu aku dan selalu Back-up aku klo ada org kacau aku... hehehe.. Dia memang best friend aku lah.. Sampai bila2.. Yeah!!!... 

Satu Kumpulan..hehehe.. 

Gambar wajib..hehehe.. 

Harus la.. 3suara..

Memang hehehe.. 3suara..
3 suara

Ni yang depan tu best friend kami tiga team gelak..hehee

Ni helni teman tengok wayang..hehee
Kami bertiga adalah 3 suara..hehehe... aku besyukur aku dapat kawan macam diaorg dua ni..buat hidup aku happy and ceria.. Harapkan agar persahabatan kita kekal sampai bila-bila..yeah!!!! thank u Lord..