Hello..
Salam bertemu kembali.
Entry kali ini bukan ditujukan pada siapa-siapa baik yang hidup atau yang telah tiada. Ini adalah sekadar bisikan yang ikhlas dalam hati hamba.
Mengapa masih ada segelintir insan didunia ini yang masih cetek pemikirannya?
Terkadang kita tidak menyedari apa yang dikeluarkan oleh kata-kata bisa memberi kesan yang mendalam pada insan yang mendengarnya.
Pemikiran yang tidak sepatutnya ada pada generasi masa kini.
Kita sekarang dialaf 21 dan kenapa harus befikiran demikian rupa?
Adakah kita tidak besyukur dengan apa yang telah kita miliki?
Kenapa kita sering meletakkan kehendak diri melebihi kehendak TUHAN dalam kehidupan kita?
Anda percaya dengan TUHAN atau tidak?
Ingat, TUHAN tidak pernah memberi perkara yang tidak baik kepada orang yang percaya dengan NYA. Ingat tu.
Tolonglah ubah gaya pemikiran anda termasuk saya juga.
Saya sendiri terkadang memikirkan banyak negatif daripada sudut positif.
Lama-kelamaan baru saya menyedari oo.. inilah kehendak TUHAN.
SYUKUR.
Kita sering membuat kesimpulan tanpa merasainya terlebih dahulu.
Kita sering menganggap bahawa tanggapan dan pengalaman orang lain akan sama dengan kita.
Sejujurnya, pengalaman setiap oarang dalam hidup tidak akan sama.
Sampai bila-bila.
Kenapa?
Kerana setiap daripada kita TUHAN telah rencanakan jalan kehidupan masing-masing.
Jadi, ingat TUHAN yang UTAMA dalam semua perkara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment