Tuesday, 1 November 2011

Bila Kita Hormat Orang lain tapi orang lain tak reti nak hormat kita

Suasana sejuk-sejuk macam ni, pun boleh jadi panas!! Mana tak nya bila orang yang kita hormat tak reti nak hormat kita balik! Selalu orang kata "Hormatilah orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan hormat kamu" Kan? Memang selalu kita dengar orang cakap macam tu. Aku bukan setakat hormat dah..aku bagai nak rak bertolak ansur dengan orang macam ni. Aku dah tak tahu dah nak buat apa. Dalam hati aku selalu kata dan pujuk diri sendiri "sabar okey" "biasalah tu, manusia ni banyak perangainya" "itu dah cara dia kan, terima ja la" Fuh!!!! Banyak lagi ucapan-ucapan yang aku lafazkan pada diri aku sendiri. Tahap kesabaran kita sebagai manusi ada batasnya. Jangan sampai suatu hari nanti saya sampai ke tahap itu! Kalau saya boleh juga bertolak ansur, tapi kenapa awak tak boleh? Apa masalah awak? Kalau saya nak cerita dari A sampai Z malu awak nanti ok! Kadang-kadang tu, fikirlah pasal orang lain. Orang lain pun ada mata, ada telinga, ada hati, ada perasaan! Bukan minta dilayan seperti Raja lah..tapi sekurang-kurangnya fikirkan pasal orang lain. Kehidupan kita ni kalau tidak ada yang lain, tak lengkap! Jangan depan orang lain kau bermulut manis lebih manis dari gula dan madu tapi disebalik kemanisan itu tersirat kepahitan madu yang sangat menyeksakan! Saya bukanlah nak cari gaduh ka apa ka..Cuma nak luahkan apa yang tak dapat nak diluahkan! Dalam blog nilah saya luahkan segalanya. Saya minta maaflah kalau ada sesiapa yang terbaca post ni dan tak semena-mena terasa pula. Saya betul-betul minta maaf. Gaduh bukan jalan penyelesaian. Kita sebagai insan yang berpelajaran tinggi kena pandai nak hormat orang lain. 


No comments:

Post a Comment