Tuesday, 10 January 2012

Reality Sebuah KIsah

Kisah Aku..
Berat BAdan Punya Hal...

Bila cakap pasal berat badan mesti semua orang terasa kan? Benda tu macam sensitif sangat dah sekarang. Bagi orang macam aku, lain la dan bagi orang yang berbadan besar pun lain maksud disebalik soalan tu. Kadang-kadang aku tak berapa nak faham dengan segelintir manusia yang selalu ingin untuk menjadi hakim pada oarang lain. Secara peribadi aku cukup terasa bila orang kata aku ni kurus kering!! Memang la kenyataan nya aku ni memang tak Gemuk dan badan aku besa2 saje. (PAham-paham je la). TApi kadang-kadang terasa juga la bila orang lain mentioned benda ni depan kita dan depan semua khalayak ramai. Walaupun terasa macam mana pun tetap sabar. Dari dulu sampai la sekarang badan aku tak pernah naik macam badan oarang lain. Aku makan..memang la makan tapi takde la makan macam nasi bergunung-gunung. Tu pun sekali sekala ja aku tambah...terpulang pada situasi la.Mungkin aku bukan jenis orang yang kuat makan,makan makanan yang boleh menambahkan berat badan. Entahlah dari dulu sampai la sekarang. Aku paling suka makanan ringan dari dulu sampai la sekarang! Tapi kata orang makanan ringan boleh menyebabkan kita Gemuk! Tapi tak pada aku. Huhuhuhu..Dulu masa sekolah menengah, pernah la mengadu dengan cikgu pasal masalah ni, tapi cikgu aku kate, jangan risau..mungkin metabolisma aku tinggi. Oh,ya lupa nak bagi tahu, aku ni dulu seorang atlet sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah! Hebat kan aku. Hehehe.. Mungkin sebab tu badan aku maintai jer. Walaupun sejak kebelakangan ini bermula dari tingkatan 4 sampai la sekarang aku kurang bersukan meskipun bersukan adalah salah satu kegemaran aku! Sampaikan aku rase sedih bila ada orang tanya aku depan Mak dengan Abah, Bila Kamu nak Gemuk? Aku tahu cam mana perasaan MAk dengan Abah walaupun mereka tak tunjukkan. Lebih-lebih lagi bila aku dah berada jauh di semenanjung MAlaysia ni. Bila aku balik kampung, badan aku still sama juga dari pertama kali aku sampai sini..Dah setahun setengah aku berada disini dan aku still orang yang sama dengan berat badan yang sama. Kadang-kadang aku rasa malu nak balik kampung tau sebab aku dah tak tahan dengan pertanyaan "berat badan". Berbanding dengan Abg2 aku yang berhijrah ke Semenanjung, mereka pergi dengan berat badan yang biasa kemudian balik dengan badan sasa. Aku rasa malu sangat! Sebab AKu tak sama macam mereka. Aku selalu memujuk diri dan berharap agar suatu hari nanti aku boleh tambah berat badan. TApi buat masa sekarang ni, aku betul-betul bersyukur dengan Berat badan yang aku ada dan aku pasti mesti ada orang-orang kat luar sana mengimpikan berat badan aku yang tak seberapa ini. YEah!!! Aku pasti suatu hari nnti..aku akan pasti boleh..Aku akan try seseuatu...

1 comment: