Saturday, 21 January 2012

Cuti versus Balik kampung


Walaupun cuti hanya seminggu tapi aku amat besyukur dan beterima kasih kerana dapat berehat seketika daripada menghadiri kelas.Hehehehe.. Kalau cakap pasal cuti ni, perkara yang paling aku suka adalah tidur lambat dan bangun lambat. Apatah lagi kalau cuti tu, sebulan wow...hehehe.. Apa-apapun cuti cuma seminggu je, dan kerja aku masih berlambak lagi. Aiyo.......... Pening-pening..... Tak pe, sepanjang cuti ni, cuba habiskan semuanya dan enjoy my holiday... Yeah... 


Dalam pada itu, saya juga nak ucapkan Happy Chinese New Year pada semua kaum yang menyambutnya. Pada kawan-kawan juga dan pada semua rakyat Malaysia. Aku dan kawan-kawan aku pun kena tempias juga Raya Tahun BAru ni, siap beli Limau Lagi dan letak atas meja. Katanya akan bawa TUAH amen.. Hehehe.. Tapi tak salahkan kalau kita sama-sama meraikannya. Kitakan Satu Malaysia. 


Kalau cuti semua orang pasti balik kampung dan bagi kami pelajar Borneo, Kamilah yang tinggal dan menjadi penjaga Hostel. Sedih tu, memang la sedih kan, tapi nak buat macam mana kan, Tiket Mahal sangat. Dan aku belajar sesuatu dari perkara ini, Aku menjadi semakin tabah dan kuat untuk menghadapi semua ini. Kalau rindu tu, telefon dan sms lah Keluarga dikampung. Yeah... 

Pictures : Mr.google 
Itu Saja untuk enrty kali ini.. Selamat bercuti dan jumpa lagi.. Hehehe..

2 comments: